Monday, December 22, 2008

DAMAR LAUT



Damar Laut(minyak asli Dasar laut)

Damar laut adalah minyak asli dasar laut yang diproses untuk di jadikan bahan utama minyak petrol/diesel dan ada yang digunakan sebagai bahan utama untuk minyak wangi .Damar laut ini telah dijumpai di laut kawasan hilir perak. Gambar yang saya paparkan adalah Induk Damar Laut seberat 900g. Dalam penelitian saya dan ujian yang saya jalankan,Sifatnya sangat menarik, dengan kuatiti yang sedikit dapat menghasilkan minyak yang sangat banyak dan menpunyai bau yang sangat kuat semasa ia cair dan tiada bau selepas membeku. Kajian ke atas Damar laut dan kawasan penemuannya sedang dijalankan dan pemantaun berterusan sentiasa di buat oleh pakar galian dasar laut. Dengan ini saya membuka penemuan ini untuk kajian kes berkaitan Damar Laut dan Kawasan Penemuan untuk kajian selanjutnya . Kajian ini saya buka kepada pakar-pakar dari IPTA/IPTS dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan cari gali minyak mahupun orang perseorangan yang berminat. Semoga penemuan ini dapat digunakan oleh seluruh manusia sejagat.

Mana-mana pihak yang berminat untuk kajian lanjut boleh hubungi saya terus melalui emel untuk perbincangan lanjut. En.Shukor Zamri . smartboxs@gmail.com,

No comments:

Post a Comment